Tuesday 15 May 2012

Tetamu di rumah Allah...

Salam semua...

Pada 13.2.2012 bersamaan hari Isnin, aku & keluarga mertua berpeluang mengerjakan umrah selama 17 hari.. Sebenarnya bile ayah mertua beritahu perancaangan utk mengerjakan umrah, ada terdetik perasaan takut didlm hati aku..yelah, banyak sgt cerita yg dgr kan?x termasuk lg kisah2 di mastika (aku ni cepat terpengaruh). Tapi itu semua bukan halangan utk aku. Jika sudh tertulis aku adalah salah seorang daripada berjuta umat yang bertuah, xda apa yang dapat menghalang. Aku mempersiapkan diri dengan menghadiri kursus umrah, membaca buku2 agama, bertanya pada yang pernah menjejakkan kaki ke Baitullah..

Kami sekeluarga berangkat dari KLIA ditemani oleh sanak saudara yang hadir. Keluarga aku jugak hadir sama. Berlepas ke Jordan mengambil masa lebih kurang 13 jam lebih..Badan, kaki, otak semuanya terasa sakit.maklumlah duduk dalam kapal terbang lama sangat. Kami transit di Jordan dahulu sebelum bertolak ke Mekah. Di Jordan, aku berkesempatan melawat laut mati, makam nabi shuib dan beberapa tempat bersejarah. Mulut ni xputus2 berdoa moga dipermudahkan segalanya..

My family...


Moga cinta kami berkekalan hingga jannah..insyaallah..


Hotel kami di Jordan



Gua Al-Khafi

Laut mati..memang betul terapung ...


Makam Nabi Shuib a.s.

Kemudia pada sebelah malam lebih kurang jam 9.45 mlm (waktu Jordan) kami bertolak ke Mekah menaiki kapal terbang. Lebih kurang 1 jam perjalanan kami sampi di air port & menaiki bas utk masuk ke kota haram. Ketika semua mula membaca 'labai kallah humma labai' saat itu, hati aku sayu & air mata menitis laju. Akhirnya, kami smpi jua di kota mekah pada waktu subuh....check -in hotel dan bersiap utk menunaikan solat subuh..dari jauh sudh terdengar bunyi azan di masjid, cahaya yang terang menderang semakin lama semakin hampir..kaki aku menggeletar..mulut beristifar sebanyak mungkin...






Kali pertama melihat kaabah aku menangis lagi..terasa diri sgt jahil & kerdil..syukur aku diundang utk menjadi tetamu mu Ya Allah...mendengarkan suara imam besar masjid membacakan ayat2 al-quran membuatkan hatiku sayu..selesai sahaja mengerjakan solat subuh, kami mengerjakan umrah yg pertama. Aku amat teruja bila melakukan tawaf..mata x henti2 memandang kaabah..walaupun cuaca panas tetapi lantai tawaf terasa begitu dingin...subhanallah....



Aku berkesempatan melakukan umrah beberapa kali disana selain melawat tempat2 bersejarah..Dalam hati x putus2 memohon supaya diberikan cahayamata utk aku & suami. Kemudian, kami berangkat ke Kota Madinah setelah 10 hari berada di Mekah. Perjalanan dari Mekah ke Madinah menaiki bas mengambil masa  selama 3 jam. 

Azan subuh berkumandang kami bergegas ke masjid Nabawi yg terletak kira2 500 meter dari hotel..sgt dekat ok...selesai menunaikan solat subuh, aku & ibu mertua menunggu peluang utk masuk ke raudah & menziarahi makam nabi. (maaf h/fon & kamera xleh bwk msk, jd x de gmbr) setelah 2 jam menunggu smpi giliran kami..Masyaallah, terlampau ramai jemaah sehingga bertolak2 & jatuh..aku hanya tawakal pada Allah. Dlm hati "Ya Allah, kau berikan lah peluang utk aku menziarah kekasihmu, Nabi Muhammad s.a.w & tempat utk aku menunaikan solat sunat walaupun sekejap) Alhamdulillah, Allah permudahkan segalanya bagi aku. Malah aku dapat solat sunat 2x di dalam raudah..Hati sayu, air mata menitis tatkala aku memasuki raudah, melihat makam Nabi Muhammad s.a.w. Selama 5 hari disana, aku berkesempatan lagi menziarahi makam nabi...

Pengalaman sebagai tetamu Allah x dapat aku lupakan smpi mati...hingga hari ini, perasaan rindu masih lagi terasa..bila agaknya berpeluang menjadi Tetamunya lagi. Bak kate ayah mertua aku ' walau sekaya mane pun seseorang itu, klu bukan dia umat terpilih utk datang, dia tidak akan sampai..." Banyak keajaiban yg aku alami sendiri selama di sana..

2 comments: